Sunday, September 14, 2014

Waspada Dengan Penipuan Produk Avail Beauty




From the iMac of Aidid Mu'addib:
Permasalahan yang ingin saya bincangkan di sini adalah isu pengguna, iaitu tentang satu syarikat yang menjual produk cikai sungguh - is that right? Saban hari kita apat lihat satu syarikat MLM yang menjual tuala (pad) wanita yang terlalu melampau dalam mempromosi produk mereka. Mereka ingin kita, pengguna di Malaysia membeli produk mereka. Mereka juga ingin orang lain menyertai sistem perniagaan secara multi-level marketing mereka. Saya ingin berbicara dengan anda, pengguna yang bijak, tentang syarikat MLM Avail Beauty Sdn. Bhd.
Apakah yang dimaksudkan dengan penipuan syarikat Avail Beauty Sdn. Bhd. ini terhadap pengguna di Malaysia? Adakah anda pernah menerima atau membaca tentang promosi produk hebat Avail... FC Bio Sanitary Pad! Produk yang menjanjikan ntah apekebendanya yang merepek2 dan tidak masuk akal. Bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang sains pula, khasnya dalam bidang perubatan, akan terus memikirkan bahawa ianya penipuan terang-terangan kepada pengguna di Malaysia ini. Tapi inilah cara syarikat Avail Beauty cari makan, dengan rangkaian multi-level marketing yang telah berkembang lebih daripada 5 tahun. Menipu pengguna dengan janji manis berdasarkan "pseudoscience" (iaitu yang saya istilahkan sebagai "sains bomoh siam"), dan menakutkan pengguna sekaligus dengan amaran palsu mereka yang direka-reka sewenang-wenangnya. Memandangkan pihak berkuasa tidak pernah masuk campur tentang perlakuan syarikat ini... saya rasa ianya tidak boleh dibiarkan berterusan dan biarlah saya pulak yang masuk campur... demi menjaga kebajikan pengguna di Malaysia daripada terus di kelentong oleh pengeluar dan penjual produk sebegini. Sampai bila pengguna di Malaysia akan dikelentong berterusan?
Saya akan cuba untuk menerangkan situasi ini kepada anda semua dengan seringkas yang mungkin, tanpa meninggalkan apa-apa fakta sains yang penting. Jika perlu rujukan saya akan letakkan link rujukan kajian di bawah artikel ini, tetapi saya rasa semua orang boleh cari maklumat yang saya berikan berpandukan topik yang akan saya utarakan. Kebolehan anda untuk jumpa "uncle google" sama sahaja dengan kebolehan saya. Tak ada apa yang susah.

Tak perlu saya kupas semula setiap fakta yang sedia ada yang disediakan oleh pihak Avail Beauty, dan jurujual-jurujual yang mempromosi produk mereka di internet, termasuk di facebook. Anda semua boleh lihat dan selidik sendiri di website/FB group mereka. 
Berikut adalah contoh berbagai link yang boleh anda selidiki:
http://availherbspad.blogspot.com/
http://padherbaavail.blogspot.com/2010/01/fungsi-dan-kelebihan-pad-herba-avail.html
http://www.facebook.com/pages/availbeauty/256360018106
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000904359615
http://www.facebook.com/pages/AVAIL-BEAUTY-FC-BIO-SANITARY-PAD/124668974212512
http://www.facebook.com/pages/Kuantan-Malaysia/FC-BIO-SANITARY-PAD-HERBA-AVAILBEAUTY/109775872404036
Yang ini terus ke website rasmi Avail:
http://www.availbeauty.com/ms/index.jsp

No comments:

Post a Comment